Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ". (Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'" ( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Thursday 21 April 2011

Mahasiswa UUM perlu bangkit


Perihal cukai tanah yang suam-suam dijawab oleh Azizan, kerajaan kedah bukan penaik cukai cuma rebate cukai tanah dah tamat tempoh. Azizan kata kalau nak kurang cukai tanah mintak la, buat pemohonan.
Kenapa perlu buat permohonan?
Kerajaan Negeri boleh bagi penurunan cukai tanah tanpa perlu mana-mana pihak buat permohonan. Kalau cukai tanah untuk sekolah agama rakyat, sekolah tamil, sekolah cina dan segala mak neka badan yang tak dak keuntungan cuma kena bayaq cukai 10 ringgit setahun, pasai apa UUM kena bayaq dekat 2juta?
Budak2 UUM kena bangkit menyatakan pendirian mereka. Budak2 UUM kena menyatakan apakah UUM perlu bayar atau kerajaan azizan kena buat keputusan samarata kan cukai tanah untuk semua pusat pengajian.
Mahasiswa UUM perlu berfikiran matang dan mendesak kerana itulah fungsi mahasiswa sebenarnya. Mahasiswa boleh mendesak kerajaan hanya mengenakan 10ringgit cukai tanah macam sekolah agama lain. Kalau UUM Cuma bayaq 10ringgit setahun, tentulah ada lebihan peruntukan yang boleh disalurkan untuk pelajar buat program. Tak perlu lah pelajar cari penaja untuk setiap program yang depa nak buat.
Mahasiswa pun boleh mendesak pengursan UUM serah saja UUM kepada Azizan demi kemajuan UUM. Azizan telah membuktikan kejayaan kedah berjaya memajukan insaniah. UUM pun sepatutnya mendapat manfaat yang sama. Pengursan UUM yang tidak cekap menyebabkan peruntukan yang kerajaan pusat bagi tak cukup untuk bayaq cukai tanah.
Dengaq cerita, UUM mengaut keuntungan yang banyak melalui perniagaan yang ada. Takkan duit yang banyak tu tak cukup untuk bayaq cukai tanah.
Pengurusan UUM gagal menyediakan prasarana yang cukup untuk semua pengguna di UUM. Dalam UUM banyak orang cerdik pandai takkan tak boleh buat perancangan keperluan asas penduduk dalam UUM.
Mula2 UUM di buka dulu Cuma lebih kurang 8 ribu orang guna saja, tapi la ni dah meningkat sampai lebih 30ribu orang.  Buat la perancangan permbangunan, samada nak buat tangki ka, nak pebesaq paip masuk ka... pikiaq la.
Kalau sorang penghuni UUM guna ayaq  setengah meterpadu sehari, darab la dengam 30ribu orang. Jawapannya 15ribu meter padu ayaq diperlukan.
Mahasiswa perlu sedaq tentang kelemahan ini. Mahasiswa tidak boleh takut dengan AUKU, mendesak demi untuk keselesaan mahasiswa sendiri.  Jika pel;ajar insaniah boleh buat demo untuk desak azizan, mahasiswa UUM pun boleh buat demo.
Demostrasi aman untuk menyatakan rasa tak puas hati pelajar dalam isu ini.. Samada desak pentadbiran UUM supaya lebih cekap atau desak kerajaan azizan supaya lebih ambik berat.

Monday 18 April 2011

Kenapa ada perbezaan??? salahguna kuasa ka?

Helang Kedah melayang dan terhinggap di telinga Helang Kedah cerita Datuk Bashah komen tentang budak-budak yang pi report polis.
Helang Kedah baca komen EXCO dalam web, EXCO kata Karnival Kedah Sejahtera yang Datuk Bashah komen tu cuma guna tak sampai 550ribu..... teringat pulak Helang Kedah, cerita-cerita lama....
Cerita lama yang Helang Kedah maksudkan ni cerita karnival yang sama, tapi di Sungai Petani nu....
waktu tu Karnival tu telan belanja berjuta-juta... betuika?.....
Pasai apa la ni kos tak sampai pun sejuta?????

Pelik...pelik...
Orang yang mai sama macam dulu jugak... hebat macam dulu jugak.... pasai apa hat dulu guna berjuta-juta tapi hat ni guna 550ribu saja....

Bezanya hat dulu GLC yang buat, hat ni penerangan yang buat.... hat dulu GLC nak buat untung tapi tak untung pun... hat ni penerangan buat tak ambik untung....

GLC mana yang buat dulu???? rasa2 SPRM kena sisasat tengok, pasai apa dulu telan kos mahai sangat.....

Helang Kedah .. ooo helang kedah



ASSALAMUALAIKUM.

TELAH DIKESAN TERDAPAT 'INSAN TANPA AKAL' TELAH MENGUJUD SATU AKAUN FACEBOOK ATAS NAMA 'HELANG KEDAH' DENGAN CARA YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB DAN TIDAK BERTAMADUN. 

DENGAN ITU, BILLYtheKID PEMILIK BLOG 'HELANG KEDAH' MENAFI-MILIKAN SERTA PENGLIBATAN SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG KEATAS AKAUN TERSEBUT. 


DAN TIDAK BERTANGGUNGJAWAB KEATAS APA JUA KESAN ATAU AKIBAT YANG TERHASIL DARIPADA AKTIVITI AKAUN TERSEBUT

HARAP MAKLUM..!

BILLYtheKID.

Friday 8 April 2011

Ustaz Azizan membela pengkianat

Selepas Sidang DUN, Ustaz Azizan mungkjin merasa lega dengan pendedahan yang dia suruh Amirudin buat. Mungkin dia rasa lega sikit sebab Bashah dan Tok Det akan sibuk menangkis serangan orang UMNO yang nak tau betui ka semua bahagian dapat duit tu.
Helang Kedah terus melayang mendengar cerita tentang Ustaz Azizan masih tak berani dedahkan tentang Kedah Corp. yang rugi walaupun disoal di dun kedah. Kenapa MB Kedah masih tak mau dedahkan? Sebab nak jaga kepentingan Dato' F dalam tu ka?
Atau sebab pengurusan Kedah Corp dulu adalah dari PKR?
Macam tu jugak dengan pengurusan KCE, MB masih tak berani umumkan KCE memang dah tutup.
Helang Kedah terus melayang menajamkan telinga.... ada cerita tentang KCE, sebuah kereta yang dulu dibeli oleh MBI Kedah kini tak tau duk tang mana.
Awat MB tak buat report Polis... nak jaga kepentingan ka? Apa agaknya kepentingan MB dalam KCE tu?
Yang si pelari kereta tu pun satu... bawak lari la benda lain.
Helang Kedah terus melayang... menajamkan mata mencari... rupa-rupanya cerita renovation Mentaloon tak habis lagi. Orang duk gaduh, kenapa projek tu dapat kat UMNO... apa kepentingan MB Kedah dalam ni.....
Tunggu...  letih dah melayang, nanti Helang Kedah cerita lagi.

Jahubar Sathik Mengganas lagi..!


Terbaru, cubaan untuk memecat Pengurus Besar Bina Kuari Sdn. Bhd., Tuan Haji Syed Yusoff. Namun cubaan itu tidak berjaya. Khabarnya, bahawa kesemua Ahli Lembaga Pengarah telah mencapai kata sepakat, tetapi terpaksa menarik balik hasrat setelah diberi kata dua oleh Tuan Haji Syed Yusoff sekiranya beliau dipecat tanpa alasan  yang kukuh atau berniat jahat (malafide), beliau akan mendedahkan kepincangan - kepincangan yang dlakukan oleh Dato Jahubar Shatik khususnya di Bina kuari dan BDB amnya.

Bagi tujuan menutup mulut Tuan Syed Yusoff  telah ditawar kontrak selama dua (2) tahun sebagai Pengurus Besar Bina Kuari Sdn. Bhd. (BINAK). Perkembangan ini merupakan sesuatu yang sangat janggal, mengapa tindakan yang jelas menyalahi amalan dan etika pengurusan perniagaan dan korporat dibiarkan berlaku didalam GLC negeri Kedah.

Lembaga Pengarah yang dipengerusikan oleh YB Senator Yusuf Husin JP, SDK, begitu mudah dipengaruhi didalam membuat keputusan yang penting. Senario ini boleh ditafsirkan samada, kelayakan dan tahap pengetahuan Ahli Lembaga Pengarah yang lemah atau wujudnya amalan yang tidak sihat.



Apakah kepincangan - kepincangan yang telah dilakukan oleh Dato Jahubar Sathik sehingga terpaksa menawar semula kontrak selama dua (2) tahun. Wajarkah, dibiarkan terus berlaku dan dilindungi.?

Tazkirah - ' Ana khairun minhu.'

Takabbur sebenarnya adalah hak eksklusif Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun yang boleh mencabar-Nya. Orang yang takabbur pasti lebur. Mereka akan musnah di dunia dan akan terseksa di akhirat. Ini ditegaskan sendiri oleh-Nya melalui sebuah hadis kudsi.


 Daripada Abu Sa'id al-Khudri dan Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Allah berfirman: ' Kesombongan adalah selendang-Ku dan kebesaran adalah sarung-Ku. Maka sesiapa bersaing dengan-Ku pada salah satu daripada kedua-duanya, maka pasti Ku lemparkan  ia ke dalam jahanam'." (Riwayat Abu Daud no. 4092 dan Ibnu Majah no. 4147)


Takabbur sering menyerang individu yang mempunyai potensi. Lebih banyak potensi  yang dimiliki oleh seseorang maka lebih terdedahlah dia kepada sifat takabbur. Semuanya gara-gara merasakan diri 'lebih' dan orang lain 'kurang'. Berasa diri mulia, orang lain hina. Rasulullah s.a.w. memberi definasi yang tepat dan padat tentang takabbur menerusi sabdanya yang bermaksud:."...sombong itu adalah menolak kebenaran dan menghina makhluk." (Riwayat Muslim no.275)

Para Ulama menjelaskan ada tiga (3) ciri utama individu yang takabbur. Ciri-ciri itu adalah:

>   Merasa diri lebih baik.


>   Menghina orang lain

>   Menolak kebenaran.

Ketiga-tiga sifat itu menyerang manusia dalam bentuk pakej. Ketiga-tiganya datang serentak. Ia saling berkait antara satu sama lain. Apabila merasakan diri lebih baik, mulia dan tinggi, seseorang itu cenderung memandang orang lain buruk, hina dan rendah. Apabila dua sifat itu mendominasi seseorang maka dia akan jadi terlalu obses terhadap dirinya sendiri. Ketika itu dia akan menolak apa sahaja pandangan, saranan dan teguran daripada orang lain walaupun benar.

Hendaknya kita dapat membezakan antara takabbur yang terkeji dengan harga diri yang terpuji. Orang yang mempunyai harga diri (izzah dan maruah) memandang dirinya tinggi kerana Islam, bukan atas sebab-sebab kehebatan diri sendiri. Individu yang mempunyai harga diri yang tinggi merasakan dirinya berkemampuan, berkeyakinan dan berhak untuk berjaya dalam hidup hasil keyakinannya kepada Allah.

Orang yang mempunyai harga diri yang tinggi sangat menghargai orang lain. Mereka melihat dunia sebagai medan 'perkongsian' untuk berlumba-lumba melakukan kebaikan dan kebajikan. Para rasul, nabi, sidiqqin, syuhada dan orang soleh adalah mereka yang mempunyai harga diri yang tinggi.Mereka sentiasa mendapat inspirasi daripada ayat al-Quran ini: "Jangan kamu berasa hina dan jangan kamu berasa gentar. Kamulah orang yang tinggi jika kamu beriman." (Surah Ali 'Imran 3:139)

Dan hasil pertembungan antara harga diri dan takabbur inilah yang berlaku sepanjang sejarah perjuangan mendaulatkan Islam. Yang berjuang menegakkan Islam mempunyai keyakinan diri yang tinggi kerana keimanannya, manakala yang menentangnya juga disebabkan keyakinan kerana ketakabburannya. Terdapat garis pemisah yang sangat besar antara kedua-dua sifat itu walaupun impaknya kepada diri seolah-olah hampir sama.

Orang yang takabbur sukar menerima kebenaran. Hatinya menjadi terlalu keras untuk terus mempertahankan keegoannya walaupun kebenaran sudah diakui oleh hati kecilnya (fitrah). Namun hati besarnya (takabbur) akan terus menolak kerana bimbang kedudukan atau status sosial akan tergugat sama ada oleh kebenaran itu sendiri atau oleh pembawanya.

Inilah yang berlaku kepada Abu Lahab, Abu Jahal dan lain-lain pemuka Quraisy yang merasakan jika mereka menerima Islam dan kerasulan Muhammad s.a.w. mereka akan hilang 'kerusi' kepimpinan di Makkah. Rasulullah s.a.w. mengingatkan menerusi sabda Baginda yang bermaksud: "Terimalah kebenaran itu walaupun datangnya daripada hamba yang berkulit hitam dan berambut kerinting".

Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam kitab Syu'ab al-Iman daripada Umar bin al-Khattab katanya:
"Sesiapa yang bertawaduk kerana Allah, maka Allah akan mengangkat darjatnya. Ia sangat hina dimata sendiri, namun sangat mulia dimata orang lain. Dan sesiapa yang menyombongkan dirinya, maka Allah akan merendahkannya. Sehingga ia menjadi sangat besar dimatanya sendiri, namun sangat hina di mata orang lain. Bahkan ianya lebih hina di sisi mereka daripada seekor khinzir atau anjing."

Kedah Sato: YB Dato’ Mahfuz Omar bakal di-saman..?



Belum reda rupanya isu perletakkan jawatan YB Dato' Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. Sememangnya tidak akan mudah reda, kerana isu nya membabitkan pelaksanaan polisi (dasar) dan prinsip yang diperjuangkan.

Pertembungan yang berlaku bukan sekadar hanya bersifat kepentingan peribadi, ianya melibatkan amanah yang dipikul dan janji yang menjadi pertanggungjawaban.

Dengan jelas, YB Dato' Mahfuz menyatakan beliau tidak menentang perlantikan IJM Corp.; sebaliknya beliau tidak boleh bersetuju dengan kaedah perlantikan yang diguna-pakai kerana bertentangan dengan polisi (dasar) yang diputuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS yang mana beliau adalah Naib Presiden dan Tim. Pesuruhjaya (2) PAS Negeri Kedah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen, berusaha mempertahankan prinsip ketelusan yang diperjuangkan di Dewan Rakyat dan harus diaplikasikan disemua peringkat.

Dato' Jahubar Sathik sewajarnya akur dengan polisi (dasar) kerajaan yang memerintah agar semua projek-projek dilaksanakan secara 'Tender Terbuka'. Beliau mungkin mempunyai alasan atau hujah dari sudut pengurusan korporat atau perniagaan. Akan tetapi, tenyata polisi(dasar) ini di-ingini oleh majoriti rakyat Kedah dengan memilih Pakatan Rakyat yang secara jelas menggariskannya didalam manifesto mereka pada PRU12 yang lalu.

Siapa Dato' Jahubar Sathik yang tega mengetepikan polisi (dasar) ini? Beliau sendiri dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan polisi (dasar) ini dalam urus-tadbir korporat dan perniagaan GLC yang dibawah tanggungjawab beliau, ironinya beliau bertindak secara kontra, mengapa?.

Beliau memang dilihat begitu berpengaruh sehingga berupaya untuk menapis serta menolak penama-penama yang di tetapkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Bina Darulaman Berhad dan subsidari yang lain.

Dato' Jahubar merupakan GMD Bina Darulaman Berhad yang paling mewah berbanding yang sebelum daripada ini. Disamping gaji dan elaun bulanan yang mencecah RM30,000 sebulan, beliau juga dibekalkan dengan tiga (3) buah kereta rasmi ( Perdana V6 Executive, Pajero Sport KCV 5522 dan Toyota Camry 2.4 dengan no.pendaftaran peribadi KCQ 7'786' ). Dimaklumkan bagi tahun kewangan 2010, beliau telah mendapat imbuhan bonus tahunan yang melebihi tiga (3) bulan gaji (<RM100,000) sedangkan kakitangan keseluruhannya dinafikan. 


Terbaru, sumber memaklumkan Dato' Jahubar Sathik berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan (Saman) terhadap YB Dato' Haji Mahfuz Omar berikutan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd.


YB Dato' Haji Mahfuz Omar pastinya gembira mendengar perkembangan ini, mungkin beliau inginkan Dato' Jahubar mempercepatkan tindakan perundangan yang dihasratkan. Dari segi politik, tindakan saman itu nanti pasti akan mampu melonjak populariti YB Dato' Mahfuz menjelang PRU13 yang bakal menjelma. Dan jika memenanginya ( sebagaimana beberapa kes sebelum ini ), pampasan yang diperolehi boleh dijadikan dana membantu rakyat dikawasan beliau khasnya.

Nota: Sehingga artikel ini ditulis, jawatan Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. yang dikosongkan masih belum di-isi, sumber memberitahu buat masa ini jawatan dipangku oleh Tuan Haji Mat Akhir Talib. ( Baru sahaja selesai mengubahsuai rumah. )