Entering 'HELANG' territory at your own risk.

'BACA-lah Dengan Nama Tuhanmu Yang Maha Tinggi..'

Allah s.w.t. berfirman mafhumnya: "Wahai orang yang beriman, bertakwalah kalian kepada Allah dengan sebenar -benar taqwa, dan janganlah kamu mati kecuali kamu dalam keadaan Muslim." ( Surah Ali 'Imran : 102 )


" JIHAD YANG PALING UTAMA IALAH (MENYAMPAI) KATA-KATA BENAR DIHADAPAN PEMIMPIN YANG MENYELEWENG ". (Riwayat At-Turmizi & Ibnu Majah)


“Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang membuat zalim nanti kamu akan disambar oleh api neraka sedangkan kamu tiada sebarang penolong pun selain dari Allah. kemudian (dengan sebab kecenderungan kamu itu) kamu tidak akan mendapat pertolongan” (Surah Hud: 113)

"Manusia ketika di dunia semuanya tidur (lalai), bila mati baru mereka terjaga (tersedar)." ( Sayidina 'Ali r.a.)

"Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasullulah s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Tuhan kita turun pada setiap malam ke langit dunia ketika tersisa sepertiga malam terakhir dan berfirman, 'Sesiapa yang berdoa kepada-Ku maka Aku memenuhinya. Sesiapa yang memohon kepada-Ku maka Aku akan memenuhinya. Sesiapa yang meminta ampun maka Aku mengampuninya.'" ( Hadis Qudsi Riwayat al-Bukhari, Muslim, AbuDaud dan lain-lain.)

Friday 8 April 2011

Kedah Sato: YB Dato’ Mahfuz Omar bakal di-saman..?



Belum reda rupanya isu perletakkan jawatan YB Dato' Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. Sememangnya tidak akan mudah reda, kerana isu nya membabitkan pelaksanaan polisi (dasar) dan prinsip yang diperjuangkan.

Pertembungan yang berlaku bukan sekadar hanya bersifat kepentingan peribadi, ianya melibatkan amanah yang dipikul dan janji yang menjadi pertanggungjawaban.

Dengan jelas, YB Dato' Mahfuz menyatakan beliau tidak menentang perlantikan IJM Corp.; sebaliknya beliau tidak boleh bersetuju dengan kaedah perlantikan yang diguna-pakai kerana bertentangan dengan polisi (dasar) yang diputuskan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh PAS yang mana beliau adalah Naib Presiden dan Tim. Pesuruhjaya (2) PAS Negeri Kedah.

Beliau yang juga Ahli Parlimen, berusaha mempertahankan prinsip ketelusan yang diperjuangkan di Dewan Rakyat dan harus diaplikasikan disemua peringkat.

Dato' Jahubar Sathik sewajarnya akur dengan polisi (dasar) kerajaan yang memerintah agar semua projek-projek dilaksanakan secara 'Tender Terbuka'. Beliau mungkin mempunyai alasan atau hujah dari sudut pengurusan korporat atau perniagaan. Akan tetapi, tenyata polisi(dasar) ini di-ingini oleh majoriti rakyat Kedah dengan memilih Pakatan Rakyat yang secara jelas menggariskannya didalam manifesto mereka pada PRU12 yang lalu.

Siapa Dato' Jahubar Sathik yang tega mengetepikan polisi (dasar) ini? Beliau sendiri dilantik oleh kerajaan Pakatan Rakyat untuk melaksanakan polisi (dasar) ini dalam urus-tadbir korporat dan perniagaan GLC yang dibawah tanggungjawab beliau, ironinya beliau bertindak secara kontra, mengapa?.

Beliau memang dilihat begitu berpengaruh sehingga berupaya untuk menapis serta menolak penama-penama yang di tetapkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah sebagai Ahli Lembaga Pengarah untuk Bina Darulaman Berhad dan subsidari yang lain.

Dato' Jahubar merupakan GMD Bina Darulaman Berhad yang paling mewah berbanding yang sebelum daripada ini. Disamping gaji dan elaun bulanan yang mencecah RM30,000 sebulan, beliau juga dibekalkan dengan tiga (3) buah kereta rasmi ( Perdana V6 Executive, Pajero Sport KCV 5522 dan Toyota Camry 2.4 dengan no.pendaftaran peribadi KCQ 7'786' ). Dimaklumkan bagi tahun kewangan 2010, beliau telah mendapat imbuhan bonus tahunan yang melebihi tiga (3) bulan gaji (<RM100,000) sedangkan kakitangan keseluruhannya dinafikan. 


Terbaru, sumber memaklumkan Dato' Jahubar Sathik berhasrat untuk mengambil tindakan perundangan (Saman) terhadap YB Dato' Haji Mahfuz Omar berikutan perletakkan jawatan sebagai Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd.


YB Dato' Haji Mahfuz Omar pastinya gembira mendengar perkembangan ini, mungkin beliau inginkan Dato' Jahubar mempercepatkan tindakan perundangan yang dihasratkan. Dari segi politik, tindakan saman itu nanti pasti akan mampu melonjak populariti YB Dato' Mahfuz menjelang PRU13 yang bakal menjelma. Dan jika memenanginya ( sebagaimana beberapa kes sebelum ini ), pampasan yang diperolehi boleh dijadikan dana membantu rakyat dikawasan beliau khasnya.

Nota: Sehingga artikel ini ditulis, jawatan Pengerusi Kedah Sato Sdn. Bhd. yang dikosongkan masih belum di-isi, sumber memberitahu buat masa ini jawatan dipangku oleh Tuan Haji Mat Akhir Talib. ( Baru sahaja selesai mengubahsuai rumah. )

No comments:

Post a Comment